Sunday 9 October 2011

Renungan Buat Para Pelabur


Perkara Yang Anda Perlu Fikirkan Sebelum Memulakan Pelaburan

Akhir-akhir ini banyak pula blog, iklan, dan forum cerita pasal pelaburan, yang paling hangat pada waktu ini, pelaburan matawang (forex) dan emas.  Untung ke melabur di dalam forex atau emas? Ermmm… bergantung.. bergantung kepada berapa banyak ilmu & kemahiran yang anda miliki.
Satu perkara yang perlu difahami tentang pelaburan ialah, semua pelaburan ada risiko untung dan ruginya. Hatta pelaburan forex dan emas sekalipun, siapa kata pelaburan forex atau emas tidak akan rugi? Harga emas pun ada turun-naiknya…begitu juga forex, nilai matawang sentiasa turun-naik..... macam saham juga. 
Contohnya harga emas. Cuba lihat statistik untuk harga emas sejak 36 tahun kebelakangan ini.
Harga emas sedang berada pada kemuncaknya pada waktu ini.... adakah harga emas akan jatuh atau akan terus naik selepas ini?  Tiada siapa yang tahu… itulah risikonya.
Begitu juga dengan forex, dimana nilai sesuatu jenis matawang itu sering berubah-ubah turun dan naiknya. Tiada siapa yang tahu.......itulah risikonya.
Forex merupakan satu pelaburan yang paling popular kerana pulangan keuntungannya yang tinggi. Keuntungan boleh mencapai sehingga 100% dalam masa beberapa hari sahaja. 
Disebabkan ini lah kebanyakan kita berlumba-lumba melabur di dalam forex dan bercita-cita untuk menjadi kaya dengan cepat sehingga kita lupa akan akibatnya..
Kita lupa bahawa pelaburan forex  juga berisiko tinggi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup. 
Jika ditanya pada agent Unit Amanah.. bila masa yang sesuai untuk melabur.. mereka akan kata.. SEKARANG!
Jika ditanya pada broker  Saham… bila masa yang sesuai unutuk melabur.. mereka akan kata.. SEKARANG!
Jika ditanya pada agent Hartanah… bila masa yang sesuai untuk melabur… mereka akan kata.. SEKARANG!
Hatta.. jika ditanya pada penganjur skim cepat kaya pun.. mereka akan kata.. SEKARANG lah masa yang sesuai untuk melabur.
Realitinya.. bila-bila masa pun adalah sesuai untuk membuat pelaburan.. bagi saya.. untuk mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk melabur, bukanlah diukur pada keadaan ekonomi semasa, ianya adalah faktor no 2 atau 3.  Faktor utama yang perlu dilihat sebelum seseorang itu  membuat pelaburan, ialah.. situasi kewangan semasa mereka.
Ramai orang yang terhegeh-hegeh mahu ikut melabur pada sesuatu tempat/instrumen setelah melilhat orang lain berjaya mengaut keuntungan yang besar pada pelaburan tersebut. Takde duit nak melabur? Tak kisah.. boleh pinjam! Sebab % keuntungan pelaburan adalah lebih tinggi dari % faedah(bunga) yang perlu dibayar. Mesti boleh cover punya….
Perkara-perkara yang sering dilupakan dan yang sering dilakukan oleh orang ramai dalam pelaburan…


Pertama#. Mengabaikan risiko kerugian…
Macam yang saya tulis diatas.. apabila sebut pasal pelaburan.. ia pasti akan ada “Untung” dan “Rugi”.. jadi perlu bersedia menghadapi kedua-dua situasi tersebut, dan bukannya hanya melihat pada satu sisi sahaja.  Perlu juga fikirkan tentang kerugian yang mungkin akan dialami.


Kedua#. Meminjam wang untuk melabur..
Jika anda tidak ada duit, ikhlas lah pada diri mengatakan “anda tidak ada duit pada waktu ini dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk anda melabur”.  Melaburlah apabila anda sudah mempunyai wang lebihan. Wang lebihan yang saya maksudkan disini, ialah, wang yang sudah anda “tidak berapa perlukan”… diulangi.. “tidak berapa perlukan” bukannya “tidak gunakan”.
Maksudnya.. wang lebihan dari dana kecemasan anda.
Contohnya,
Anda ada wang RM10,000.
Dana kecemasan yang anda perlukan ialah RM6,000 (iaitu simpanan sebanyak RM2,000 untuk 3 bulan)
Jadi, wang yang anda boleh gunakan untuk pelaburan… RM10,000 – RM6,000 (dana kesemasan) = RM4,000
Ya! Hanya RM4,000. Jangan melabur lebih dari RM4,000..
Jangan sesekali melabur jika anda masih belum mempunyai “Dana Kecemasan”.


Ketiga#. Kurang ilmu,  hanya dengar-dengar dan ikut.
Perkara ini perlu kita selalu tekankan, tidak kiralah sama ada kita ingin mula melabur atau mula berniaga.  Perkara pertama yang perlu kita ada adalah ilmu.  Macam mana nak dapatkan ilmu? Senang je.. banyakkan membaca dan bergaul dengan mereka yang pakar. Ada satu laporan kajian yang mengatakan .... untuk kita mengetahui sesuatu perkara/topik  itu, secara “purata”.. kita hanya perlu baca 2 buku mengenainya.  Bergantung kepada “info dalam buku” tersebut dan juga “tahap kefahaman” kita. Itulah perkara yang perlu lakukan sebelum menceburi sesuatu bidang yang baru.
Contohnya,
Nak berniaga di ebay.. kena baca 2 buah buku dulu pasal ebay.
Nak berniaga pasar malam... kena baca 2 buah buku dulu pasal bisnes pasar malam.
Nak melabur dalam saham… kena baca 2 buah buku dulu pasal pelaburan saham.
Nak melabur dalam emas….. kena baca 2 buah buku dulu pasal pelaburan emas.
Nak melabur dalam forex…... kena baca 2 buah buku dulu pasal pelaburanforex.
Teknik ini agak bagus dan sudah agak mencukupi untuk “membekalkan” diri kita dengan ilmu-ilmu asas tentang sesuatu perkara untuk bermula. Tak perlu nak baca banyak buku.. kalau nak tunggu baca sampai 100 buku dulu baru nak bemula.. ditakuti kita tidak akan bermula langsung nanti. Buku yang ke-3 dan seterusnya… boleh dibaca SELEPAS kita bermula.
Ringkasnya.. kalau nak menceburi sesuatu bidang baru.. baca 2 buku dulu mengenainya. Kemudian mula buat… selepas dah buat.. baca lagi buku (yg ke-3).. kemudian improve skill.. kemudian, baca lagi buku lain (yg ke-4).. improve lagi skill  yang ada dan begitulah seterusnya sampai bila-bila..
Jangan bermula sesuatu itu dengan hanya “dengar-dengar” cakap orang sahaja… biasalah.. kebanyakkan orang hanya suka menceritakan benda-benda yang menarik sahaja..


Sampai disini sahaja …  selamat melabur dan selamat maju jaya!